top of page

NAIK TARAF 
SURAU AL FURQAN   BANDAR BARU SELAYANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat Datang ke laman web kami. Semoga semuanya beroleh rahmat dan hidayah dari Allah S.W.T.
Tujuan utama naik taraf adalah untuk membina bangunan dua tingkat surau Jumaat dengan tambahan kapasiti dari 300 ke 1,580 jemaah.

dari depan 3.jpg
Home: Welcome
nama%20surau%202_edited.jpg

CADANGAN NAIK  TARAF

Surau Al Furqan Bandar Baru Selayang telah dibina pada tahun 1994 dengan kos pembinaan sebanyak RM 120,000 dibiayai bersama oleh Pemaju Shah Alam Properties dan hasil kutipan derma dari ahli kariah di Dataran Templer, Bandar Baru Selayang.

Pembinaan surau ini dipelopori oleh satu Jawatankuasa Pembinaan yang diketuai oleh Yang Berusaha En. Adnan Ismail dan dibantu oleh antaranya  Ustaz Zakaria Isa, Ustaz Yaakop Mat Ali, Ustaz Kadir Salleh, En. Ismail Rahman, En. Hashim Ab Rahman, En. Mustafa Idrus, En. Zulkifli Mat, En. Mubin Misman, En. Mazalan Ismail, En. Mohd Haikal Abdullah, En. Radzi Abu Bakar, En. Mohd Anis Ahmad, Tuan Haji Baharum Abd Majid, Tuan Haji Hussin Saharuddin, Puan Hjh Noliah Hj Ahmad dan Puan Rahmah Ahmad.

Sepanjang tempoh 25 tahun yang lalu, kerja pengubahsuaian telah dibuat  beberapa kali hingga kapasiti sekarang mencapai 300 orang.

Kini timbul keperluan ruang solat yang lebih besar bagi memenuhi pertambahan jemaah terutama ketika bulan puasa dan juga untuk menyediakan tempat bagi 800 orang pelajar sekolah KAFA melaksanakan solat  zohor dan asar setiap hari.  


Cadangan bangunan baru dua tingkat berkeluasan 1,068 m persegi  berkapasiti  1,580 jemaah bakal, berkonsep reka bentuk moden dengan laman terbuka yang luas  serta penggunaan setiap ruang secara optima. 

Adalah diharapkan Surau baru nanti mampu memberi kemudahan dan keselesaan serta jaminan keselamatan kepada para jemaah untuk beribadat serta menjalankan aktiviti dan program keilmuan, pendidikan, pembelajaran, sosial, kebajikan , muamalat, dan kerja dakwah.

InsyaAllah, bangunan baru nanti  bakal  memberi munafaat kepada para jemaah Dataran Templer termasuk warga kerja pejabat dalam kawasan ini. 

Kelulusan JAIS : JAI.Sel.BPM/01/015/6 Jld 2 (16)

Home: About
Home: Video
ruang solat bawah2.jpg

Fasiliti Utama

Ruang Solat bawah 596 meter persegi 

Ruang Solat tingkat atas 415 meter persegi

Bilik Pengurusan Jenazah

Bilik Mesyuarat, Kuliah dan Pejabat

Bilik Imam, Siak dan Musafir

Bilik Wudhu,Persalinan dan Tandas

Ruang Kiosk Perniagaan

Home: Quote

GANJARAN SEDEKAH JARIAH

Ustaz Mohd Syamsol al Muqri

Home: Video

KOS PEMBINAAN

ANGGARAN KOS

Kos Pembinaan dianggarkan dalam RM 3.2 juta

SUMBER PEMBIAYAAN

Pembiayaan untuk projek pembinaan bergantung sepenuhnya daripada sumbangan orang ramai / derma korporat dan aktiviti mencari dana

Home: Services

CARA MENYUMBANG

Boleh dibuat secara kredit terus

ke Akaun Surau Al Furqan

Maybank Islamic No. 5625 0850 0132


Tiga pilihan disediakan;

1.  Wakaf Tunai

2.  Wakaf Lantai

3.  Infaq Tunai

Home: About
g wakaf tunai.jpg

WAKAF  TUNAI

Penyumbang bebas menentukan jumlah sumbangan yang hendak diwakafkan.


Ketika membuat pindahan bayaran ke akaun Surau Al Furqan di Maybank No. 5625 0850 0132 -  sila lafazkan Akad Wakaf

  

"Adalah saya denggan ikhlas mewakafkan wang saya sebanyak RM ___ untuk tujuan menaik taraf Surau Al Furqan, Bandar Baru Selayang sebagai Surau Jumaat  bagi pihak diri saya dan ____ (sekiranya ada termasuk ibu bapa atau saudara mara yang telah meninggal dunia)

Sila emel kepada danasuraualfurqan@gmail.com atau sms/WhatsApp ke 019 211 6084 nama dan amaun wakaf bagi tujuan rekod. 

Home: Text
g wakaf lantai.jpg

WAKAF LANTAI

Konsep wakaf lantai merujuk kepada persetujuan pewakaf untuk membeli ruang / keluasan / peralatan7 bangunan baru Surau Al Furqan yang akan dinaik taraf sebagai Surau Jumaat dan mewakafkannya kembali kepada pihak pengurusan surau mengikut kaedah al-Istisna - kontrak jual beli yang melibatkan infrastruktur yang belum ujud.

Aqad Jual Beli - Lafaz Ijab "Adalah kami pengurusan Surau Al Furqan menawarkan jualan lot lantai dengan harga yang disenaraikan"

1.  Jubin / Tiles

1,600 keping 2' x2' @ RM25/unit

2.  Lantai

13,121 sq. ft @ RM100/lot

3.  Permaidani / Carpet

57 pcs 52"x 16 ' @ RM1,500 / unit

4.  Cerucuk / Piling

115 point x 24m @ RM2,000 / point

5.  Air Cond

15 unit @ RM4,000 / unit

Lafaz Qabul oleh pembeli dibuat ketika membuat bayaran

ke akaun bank Surau Maybank No. 5625 0850 0132 

"Adalah saya dengan ini membeli lot lantai yang ditawarkan." 

Seterusnya dibuat Lafaz Niat Wakaf

"Adalah saya pemilik lot lantai yang dibeli dengan ini mewakafkan semuanya kepada Pengurusan Surau Al Furqan dengan ikhlas bagi diri saya dan ______  (sekiranya ada termasuk ibu/bapa/ saudara yang telah meninggal dunia) 

Sila emel kepada danasuraualfurqan@gmail.com atau sms / WhatsApp ke 019 633 3301 nama, jenis  dan amaun wakaf bagi tujuan rekod.

Home: Text
online%20banking_edited.jpg

INFAQ  TUNAI

Sumbangan tetap secara berkala seperti RM10 setiap bulan atau amaun mengikut pilihan penyumbang bagi tempoh sehingga kita berjaya mencapai matlamat kutipan dana untuk membiayai kos pembinaan sepenuhnya adalah sangat dialu-alukan.

Penyumbang boleh membuat standing instruction untuk kredit akaun Maybank Surau Al Furqan No. 5625 0850 0132 setiap bulan. 


Sila sms / WhatsApp 019 211 6084 nama dan amaun sumbangan bagi tujuan rekod.

Turut dialu-alukan sumbangan daripada syarikat, organisasi, institusi atau mana-mana pihak yang sudi  membantu kami dalam usaha mendirikan tempat bagi umat Islam suburkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.


Sumbangan menggunakan cek atas nama "Surau Al Furqan" boleh dihantar terus kepada Urusetia Jawatan Kuasa Dana Surau Al-Furqan

Jalan 2 Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan


Sila hubungi kami melalui emel danasuraualfurqan@gmail.com atau telefon 03 6137 6966 untuk maklumat lanjut.

Home: Text

Menderma menggunakan QR Code

1. Sila buka Apps Perbankan di telefon mudah alih anda.
2. Cari Imbas "QR Code" untuk menderma dan kemudian scan QR Code Duit Now  Surau Al Furqan.
3. Masukkan jumlah amaun yang ingin didermakan.

e%2520derma%2520%2520(2)_edited_edited.jpg
Home: Image

TESTIMONI PENYUMBANG

Testimoni 1

Saya berfikir panjang sebelum buat keputusan hendak derma RM50 kerana banyak juga barang boleh dibeli dengan duit sebanyak ni bagi orang susah macam saya. Tapi hati kecil saya terus mendesak dan saya akhirnya bersedekah RM50. Tak sampai 1 jam selepas itu, saya telah mendapat rezeki yang tidak diduga bernilai RM1 ribu. Sungguh tidak disangka begitu cepat Allah SWT memberi balasan.


Testimoni 2

Dalam hidup kita, kejadian orang yang meminjam wang terlupa membayar balik agak biasa berlaku. Dalam usia yang sudah dipenghujung ini, saya telah menghalalkan semuanya. Baru-baru ini, saya terpanggil untuk membuat infak kepada Surau Al Furqan. Tanpa disangka-sangka selang beberapa hari saya mendapat bayaran balik pinjaman sebanyak RM10,000 yang dibuat lebih 20 tahun lalu. Masya Allah, dibalas Allah 10 kali ganda.



Testimoni 3

Dalam dua tahun ini, syarikat saya mendapat pendapatan yang sekadar cukup untuk terus bertahan hinggalah beberapa bulan lepas, saya dapati kami mula mendapat banyak kerja termasuk tender yang dulu tak pernah dapat. Apabila saya fikir-fikirkan apakah penyebabnya, saya dapati ianya ada hubung kait dengan tindakan saya menyumbang kepada Dana Surau Al Furqan.


Testimoni 4

Seorang anggota keluarga saya telah jatuh sakit dan peluang untuk pulih agak tipis kerana serius juga keadaannya. Namun kami teruskan usaha rawatan. Atas nasihat Ustaz kami buat solat hajat, bersedekah dan berdoa kepada Allah SWT. Alhamdulillah kini sudah sihat kembali.


Testimoni 5

Seorang anak kariah Surau Al Furqan telah mencetuskan idea program “Sedekah atas Sedekah” dimana Surau memberi sedekah kepada penyumbang yang membuat infak dalam bentuk makanan yang disedekah oleh penaja. Hasilnya,  kutipan dana sejak dijalankan program ini naik berpuluh kali ganda.


Testimoni 6

Sejak bersara ini pendapatan bulanan dah terhenti dan saya risau juga kerana wang simpanan yang disimpan di tabung haji, amanah saham dan epf memberi pulangan yang terlalu rendah. Biarpun begitu, saya ikut sama membuat infaq kepada Surau sebagai simpanan akhirat. Bagaimana sayangnya harta dunia ini akan ditinggalkan juga. Akan jadi tidak berguna lagi apabila kita mati nanti.  Semoga diterima Allah SWT.  Tindakan saya ini rupa-rupanya telah membuka satu pintu rezeki baru apabila saya mendapat tawaran satu pelaburan baru yang memberi jaminan pulangan jauh lebih tinggi dari apa yang saya dapat sekarang.


Testimoni 7

Saya sebenarnya tidak berani mengatakan yang setiap kali saya membuat infaq akan menyusul selepas itu ganjaran daripada Allah SWT. Cuma saya kadang-kadang terasa  takut dan berasa sedang diuji olehNya dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah selepas bersedekah.

Home: Text

HUBUNGI KAMI

Tuan Haji Che Lah bin Che GhaniPengerusi Surau Al Furqan019 357 5187Tuan Sheikh Noordin Sheikh KutubdinSetiausaha Surau Al Furqan019 382 1777Y.Bhg. Dato Haji Mohd Kamil  Mohd AliBendahari Surau Al Furqan012 302 6447 Pejabat  Urusetia03 6137 6966

surau al furqan.bmp
Home: Contact

JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA

Setinggi Penghargaan kami ucapkan kepada semua terutama para penyumbang yang budiman.
Semoga beroleh ganjaran sewajarnya daripada ALLAH S.W.T dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

dari tingkat 1.jpg
Home: About
Search
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Home: Blog2
bottom of page